Salam perkenalan!

Saya Aiman Amri juga (lebih) dikenali sebagai Aiman Psikologi. Saya adalah penulis bersama buku How Are You?: Understanding the Silent Struggle of Stress, Anxiety and Depression dan buku terbaru yang bertajuk Pendiam: Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert. Dah macam tajuk kertas kerja pembentangan pula saya rasa.

Sebelum pergi lebih jauh tentang diri saya, saya perlu jelaskan bahawa saya bukan Psikologis bertauliah yang ada kelayakan untuk memberi pendapat, rawatan, diagnosis dan solusi kepada sesebuah penyakit mental. Jadi saya memohon beribu kemaafan bagi mana-mana soalan yang luar daripada kemampuan saya. 

Tapi tenang, walaupun saya bukan Psikologis bertauliah, saya mempunyai latarbelakang pengajian dalam bidang Psikologi daripada University Of Nottingham, UK. Doakan saya dapat menjadi Psikologis Klinikal suatu hari nanti!

“I truly believe that everyone can share what they know, but it takes a specialist to advise and answer a specific question related to the knowledge.”

Jadi, dengan pengetahuan yang saya ada, terhasillah dua buah buku di bawah ini!

Kalau nak tahu buku baru saya tentang apa, mari tonton video saya bersama Aqila Masri di bawah ini.

Anda boleh kenali saya sebagai…. 

Penulis 2 buah buku terbitan IMAN Publication; 

  • Sebelum 2 buku ini, saya juga telah menulis 2 buku lain iaitu Autisme: Unik/Pelik dan Tanah Airku di Bumi Ratu. 
  • Saya perlu belanja tim produksi IMAN pakej pizza kerana terlepas tarikh akhir untuk hantar manuskrip. Itulah, salah editor lah tak ‘push’ saya selalu sebab saya jenis yang makin bagus buat kerja bila di bawah tekanan.

Penceramah Sepenuh Masa:

  • Saya sudah berceramah kepada lebih 100 institusi pendidikan, syarikat korporat dan NGO. Topik saya banyak berkisar kepada buku yang saya tulis.
  • Semestinya kalau dengar saya ceramah, mesti ada loghat Kelantan keranan saya adalah orang Kelantan sejati! Ya benar, saya bangga dengan fakta ini. Hehe. 

Pengurus dan Penyelidik:

  • Saya menguruskan Akademi Jiwadamai yang merupakan pusat pakar psikologi yang pertama di Shah Alam. 
  • Saya juga terlibat dalam Unit Penyelidikan dan Modul untuk NGO INTELEK. Satu NGO untuk pelajar Malaysia yang akan sambung belajar di luar negara. 

Seorang suami kepada seorang isteri. Hehe:

  • Berjaya mengahwini seorang gadis yang dipendam perasaan selama 4 tahun. Setia tak saya? 
  • Tapi tidaklah mudah keranan saya pernah habiskan duit kahwin untuk pergi mengembara ke 30 buah negara selama 3 bulan. Saya tak tahu nak menyesal ke bagaimana. Haha.

Anda boleh temui saya di Facebook, Instagram dan Twitter.

Kalau anda tertanya-tanya buku yang saya tulis ini bercerita tentang apa, anda boleh baca di bawah ini:

How Are You?: Understanding the Silent Struggle of Stress, Anxiety, and Depression

SINOPSIS BUKU:

A friend asks, “How Are You?”

You want to say, “I’m fine”, but you know that is untrue. You are in pain, but you don’t know how to express it.

*****

A friend says, “I’m fine”, but you know there is something more beyond those simple words.

You notice something is not right, but you don’t know what to do. You want to understand and help but you don’t know where and how to start.

Stress, Anxiety, and Depression are 3 of the most common mental and emotional challenges that people are struggling with.

No one should be left to face the struggle alone, and no should.

“How Are You”, written by Assistant Psychologist Aiman Amri and Youth Motivator Aiman Azlan, explores the topic of Stress, Anxiety and Depression; from how survivors can cope with them to how friends and family members can understand these human problems better so that they may be compassionate and considerate towards those who struggle in silence.

They are no longer alone.

KOMEN PEMBACA:

“This book is an eye opener. I bought this book to understand myself more. It really helps me on how should I care for myself and how to listen to others as well. I really appreciate that this book is out here.”

Khadijah Adam – goodreads

Tekan ayat ini untuk membaca review daripada pembaca yang lain.

Pendiam: Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert


SINOPSIS BUKU

“Introvert ni lone ranger ke?”
”Puan, anak puan di rumah memang senyap ya?”
“Dia tu pemalu orangnya…”

Selalunya, kita akan biasa lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai sama ada di sekolah atau pejabat. Satu lagi yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.

Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya di masa hadapan?

 Hakikatnya, setiap seorang daripada kita, tidak kiralah Introvert mahupun Ekstrovert, mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri yang perlu dikenal psti dan digilap potensinya.

‘Pendiam’ menampilkan kupasan tentang Introversion dan diselangi situasi yang dilalui Introvert yang biasa berlaku dalam masyarakat. Buku ini ditulis agar Introvert lebih memahami diri dan karakternya, sekali gus meraikan kekuatan dan kelebihan yang ada.

Jika anda mahu memiliki buku saya di atas, saya nak ajak anda dapatkan melalui Pesta Buku IMAN 2020. Macam-macam promosi IMAN nak tawarkan khas buat anda! 

Untuk tahu lebih lanjut, tekan bawah ini: