fbpx

Salam perkenalan!

Saya Aqila Masri dan seorang introvert (ya, saya tak malu untuk akuinya). Seperti yang saya selalu pegang kata-kata ini iaitu;

“Be you”

Saya adalah penulis bersama buku terbaru IMAN Publication yang bertajuk Pendiam: Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert. Buku ini adalah tulisan bersama Aiman Amri yang merupakan graduan Psikologi. 

Dalam buku ini saya berkongsi cerita sisi kehidupan sebagai seorang introvert kerana itulah personaliti saya.

Inilah buku terbarunya!

Kalau nak tahu buku baru saya ini bercerita tentang apa, jemput tonton bual mesra (dengan perasaan yang agak ‘awkward’. Minta maaf perakam video kena rakam berulang kali!) dengan Aiman Amri di bawah ini.

Anda boleh kenali saya sebagai…. 

Seorang Introvert yang nampak pendiam:

  • Kata mak saya, saya seorang yang pendiam dan suka menyendiri sejak kecil. Kata mak saya juga, kawan baik saya sejak umur 5 tahun hingga sekolah menengah adalah desktop. Ada sesiapa yang geng dengan saya? Hehe. 
  • Walaupun saya introvert, saya pernah memenangi hadiah pertandingan sajak sempena Hari Ibu anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). The struggle is real tau. I should proud with myself. 

Penulis bebas; 

  • Saya berjaya siapkan manuskrip selepas 5 tahun tanam impian! Terima kasih Aiman Amri kerana ajak saya kolaborasi bersama untuk hasilkan buku yang sangat bermakna untuk orang yang introvert seperti saya,
  • Saya menulis kerana itu cara yang paling saya selesa untuk menyampaikan sesuatu. Menulis juga bagi saya senang menyelinap di pelbagai saluran. Maka, kebaikan daripada tulisan tu akan terus mengalir seperti air sungai. Err, tolong ya faham analogi saya bagi ni. 
  • Saya sebenarnya masih tak percaya ada peluang tulis buku bersama Aiman Amri dan terbit dengan IMAN Publication (Alhamdulillah!)

Jurufoto bebas:

  • Menjadi jurufoto adalah antara cara saya kembara keliling satu Malaysia samada untuk memberi latihan tentang asas fotografi atau untuk jalan-jalan ambil gambar. Sambil menyelam minum air kan? 
  • Saya juga menjadi jurufoto untuk ruang Rehat & Baca sempena PBAKL 2019 selama 10 hari. Satu lagi yang paling saya ingati adalah menjadi jurufoto untuk merakam acara angkat sumpah senator di Parlimen Malaysia.

Anda boleh temui saya di Facebook, Instagram dan Twitter.

Kalau anda tertanya-tanya buku yang saya tulis ini bercerita tentang apa, anda boleh baca di bawah ini:

Pendiam: Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert


SINOPSIS BUKU

“Introvert ni lone ranger ke?”
”Puan, anak puan di rumah memang senyap ya?”
“Dia tu pemalu orangnya…”

Selalunya, kita akan biasa lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai sama ada di sekolah atau pejabat. Satu lagi yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.

Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya di masa hadapan?

 Hakikatnya, setiap seorang daripada kita, tidak kiralah Introvert mahupun Ekstrovert, mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri yang perlu dikenal psti dan digilap potensinya.

‘Pendiam’ menampilkan kupasan tentang Introversion dan diselangi situasi yang dilalui Introvert yang biasa berlaku dalam masyarakat. Buku ini ditulis agar Introvert lebih memahami diri dan karakternya, sekali gus meraikan kekuatan dan kelebihan yang ada.

Jika anda mahu memiliki buku saya di atas, saya nak ajak anda dapatkan melalui Pesta Buku IMAN 2020. Macam-macam promosi IMAN nak tawarkan khas buat anda! 

Untuk tahu lebih lanjut, tekan bawah ini: