Saya seorang penulis novel misteri dan fantasi. Novel pertama, Sekali Lagi diterbitkan pada bulan April 2018 dan dijual buat pertama kali di Pesta Buku Antarabangsa Kuala

Lumpur (PBAKL) 2018.

Cerita Auni Zainal

Nama penuh: Auni Nur Fatin Mohamad Zainal
Tarikh lahir: 26 September 1988
Tempat lahir: Seremban, Negeri Sembilan
Pendidikan: Graduan Monash University Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) pada tahun 2011.

Sebelum novel Sekali Lagi, Auni Zainal pernah menulis artikel-artikel untuk diterbitkan dalam siri Majalah Jom! terbitan Deen Prints dan Buku Pelangi Dakwah terbitan Iman Publication, menggunakan nama pena Ummu Hamra.

Auni Zainal mula berjinak-jinak menulis cerpen semasa berumur 14 tahun bersama kawan-kawan di sekolah. Antara kisah yang pernah ditulis oleh beliau ialah kisah dua orang pahlawan wanita yang bernama Istika dan Kismat yang menentang serangan penceroboh kampung mereka. Helaian-helaian penulisan ini dikongsi bersama kawan-kawan untuk dibaca. Beliau juga pernah berusaha menulis sebuah novel, 12 tahun sebelum novel pertama beliau diterbitkan.

Auni Zainal membesar di negeri Perak dan kemudian berpindah-randah di antara negeri Pulau Pinang dan Selangor. Beliau pernah bekerja sebagai seorang jurutera, dan kini beliau menetap di negeri Selangor bersama keluarga beliau sejak tahun 2016.

buku telah diterbitkan

happy readers

#1. Suka warna maroon & magenta. 

#2. Hanya makan dua jenis buah sahaja iaitu durian & rambutan. 

#3. Mampu makan piza saiz regular seluruhnya.

#4. Boleh menangis bila tenung lukisan & hasil seni.  

#5. Penakut pada binatang berkaki lapan walaupun hanya dalam gambar. 

#6. Pernah patahkan paip sinki dapur dan berus tandas rumah mertua. 

#7 Selalu berangan nak masuk dalam dunia The Lord of the Ring. 

#8 Bila duduk sorang-sorang selalu buat konsert depan semut . 

#9. Berimpian supaya roti jala yang dibuat akhirnya menjadi. 

#10. Pernah ada hobi kumpul pengikat roti sandwich Gardenia.

Karya Auni Zainal

Koloni M

339 muka surat
Diterbitkan pada April 2018
ISBN13 : 9789832423539
Fiksyen | Bahasa Melayu

Sinopsis

Bagaimana jika di masa hadapan, masyarakat diasingkan untuk hidup mengikut personaliti diri?

Tahun 2029, Malaysia telah berubah dan kotanya kini dipanggil TMCC.

Masyarakat dibahagikan kepada 4 koloni berdasarkan personaliti diri iaitu M (Empath), N (Analyst), X (Executive) dan R (Artist).

Ansar telah lama menyimpan cita-cita untuk kembali ke TMCC setelah keluarganya dibuang keluar kota atas sebab ketidaksempurnaan fizikal pada diri Ansar.

Satu hari Ansar menerima tawaran untuk kembali ke TMCC namun ini adalah demi agenda tersembunyi yang tidak diketahuinya —pada Ansar terdapat sesuatu yang bakal mengubah masa depan manusia.

Benarkah seorang yang lebih analytical lebih bermanfaat daripada seorang yang bersifat empati?

Dapatkan dalam versi:

Boleh dapatkan juga di:

Our Reader Score
[Total: 0 Average: 0]