Sudah menulis cerita

sejak tahun 2008 lagi.

Cerita Hasif Rayyan

Penulis novel ringan kelahiran Kota Bharu, Kelantan. Graduan Bachelor of TESL dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Kini mengajar di sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur.

buku telah diterbitkan

happy readers

#1. Pernah menang tempat keempat acara Pidato Bahasa Jepun anjuran Japan Foundation.

#2. Kerap membaca Asian Literary Fiction.

#3. Setiap hari wajib minum latte tanpa gula.

#4. Ada ‘Social Anxiety’ dan ‘Idiopathic Epilepsy’

#5. Pernah disyaki ada autisme sebab selalu mengelamun.

#6. Dulu benci jadi cikgu, sekarang bersyukur ya amat.

#7. Kerap main Granblue Fantasy.

#8. Pernah menyanyi “cover” lagu Melayu dan Jepun di Soundcloud dan YouTube sebagai Rayyan Indrawan

#9. Mudah loya bila makan makanan manis kecuali roti.

#10. Pernah bekerja sebagai pelakon suara.

Karya Hasif Rayyan

Khayalan

339 muka surat
Diterbitkan pada Mac 2019
ISBN13 : 978-983-2423-65-2
Fiksyen | Bahasa Melayu

Sinopsis

Hasif sudah lama tidak didatangi lembaga hitam yang mengganggunya sejak remaja.

Sebelum ini, lembaga itu selalu mengancam Hasif dengan fikiran-fikiran negatif sehingga memberi kesan kepada kehidupan seharian dan perhubungannya dengan orang sekeliling.

Jika bukan disebabkan sahabat baiknya Rakhzan, yang sentiasa membantu mempertahan dan melindungi Hasif, dia tahu sudah lama dia akan tewas di tangan lembaga itu.

Namun satu hari, entiti yang ditakuti itu muncul kembali dalam hidup Hasif. .

“Takkanlah dia nak muncul tanpa sebab,” mudah Rakzhan membidas.
“Kau yang jemput dia kembali, kan?” dia menyoal, terus-terang.

Khayalan mengisahkan tentang pergelutan dalaman seorang lelaki melawan ketakutan terbesarnya.

Video Trailer
Dapatkan dalam versi:

Boleh dapatkan juga di:

Our Reader Score
[Total: 0 Average: 0]