fbpx

Salam perkenalan!

Saya IF Moses, pelukis Siri Komik Gaza. Sebelum anda pergi lebih jauh, cuma nak bagitahu satu perkara penting.

Sebutan IF tu bukan macam anda sebut perkataan ‘if’ ya. Yang betulnya, kena sebut ‘i’ kemudian ‘f’. Kemudian sebut Moses. Ya, baru betul cara sebut nama pena saya. 

Ouh ya, walaupun saya lahir di Manchester, United Kingdom, tapi darah yang mengalir dalam badan saya ini berdarah Melayu tau. Moses tu pula sebenarnya nama ayah saya yang kalau disebut dalam Bahasa Melayu ianya berbunyi Musa. IF pula? Haaaa, rahsialah. 

Dibawah ini adalah karya saya yang diterbitkan bersama IMAN Publication:

Saya kongsikan tajuk penuh semua siri:

Siri 1 – Detik Awal Palestin Dijajah
Siri 2 – Palestin Terancam Angkara Khianat
Siri 3 – Duka Palestin Saat Jatuhnya Empayar Islam
Siri 4 – Strategi Licik British Merampas Palestin

 Alhamdulillah, selepas 4 siri (ambil nafas dalam-dalam), berjaya juga terbitkan sambungan siri yang ke-5! Kali ini tajuknya ialah Mimpi Ngeri Rakyat Palestin.

Sila dapatkan cepat-cepat tau. 

Marilah dengar saya cerita tentang siri Komik Gaza ini. Saya ada cerita juga tentang Komik Gaza Mini yang terbaru

Anda boleh kenali saya sebagai…. 

Pelukis komik yang berjaya (doakan!);

  • Mula berminat melukis komik kerana terpengaruh dengan cerita anime Naruto.
  • Saya pernah terbitkan sendiri zine saya selepas habis sekolah menengah. Tajuknya Piawai Hijab Kaum Hawa. Nampak sangat ke dulu saya sekolah agama? Hee. 
  • Saya tiada hobi lain selain daripada melukis (sebab saya sangat tidak bagus menulis. Sob)

Peminat sejati air kopi : 

  • Dalam banyak-banyak jenama kopi, hanyalah jenama Wonda berjaya menambat hati.
  • Saya sejujurnya pernah bercita-cita jadi duta muslimah kepada Wonda Coffe (atau mungkin duta kepada produk saya sendiri?) 

Peminat karakter Baymax:

  • Topeng yang saya pakai itu disebabkan mahu membuktikan saya ini peminat sejati Baymax.
  • Baymax bukan sekadar robot yang merawat sakit fizikal. Tapi juga merawat penyakit hati. Inilah ikon dakwah yang ideal kalau kita melihat dari kaca mata Islam. 

    Anda boleh temui saya di Facebook, Instagram dan Twitter.

    Kalau anda tertanya-tanya buku yang salah tulis ini bercerita tentang apa, anda boleh baca di bawah ini:

    KGM #1: Detik Awal Palestin Dijajah


    SINOPSIS KOMIK:

    Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin – memancing, berniaga roti Tabun dan bersama-sama kerajaan Turki Uthmaniyah membangun Hejaz Railway, sebuah projek landasan kereta api dari Istanbul ke Madinah untuk meringankan perjalanan jemaah haji.

    Dalam kegembiraan mereka, ada helah jahat sedang dirancang oleh Israel dan Theodor Herzl untuk menakluki Palestin.

    Dan siapa sangka, bukan Israel dan Herzl sahaja yang berhelah. Turut ada musuh dalam selimut yang berusaha menjatuhkan khilafah Islam ketika itu.

    Tapi… siapa? Dan kenapa?

    KOMEN PEMBACA:

    “Komik yang sangat bagus. Sesuai dibaca semua peringkat umur. Penerangan yang berinformasi dan sangat santai dengan grafik yang memikat mata. Penerangan yang diberikan pun sangat mudah difahami.”
    Sha Muhamed – goodreads

    Tekan ayat ini untuk membaca review daripada pembaca yang lain.

    KGM #2: Palestin Terancam Angkara Khianat

    SINOPSIS KOMIK

    Keamanan Palestin mesti dipertahankan! Begitu azam Gaza.

    Namun, bukan semua berkongsi makna keamanan yang sama. Ada pihak yang merasakan perpecahan itu perlu demi membina Palestin yang baru.

    Yang salah tetap salah, biarpun ramai pengikut. Ketaksuban boleh meretakkan perpaduan yang selama ini menjadikan Palestin kuat.

    Dan apabila Palestin goyah, pihak musuh bijak menyusun langkah.

    Apakah akan terjadi kepada Gaza dan adik-beradiknya yang lain?

    Bagaimanakah nasib empayar Islam selepas kejatuhan Sultan Abdul Hamid II?

    KOMEN PEMBACA:

    “Sangat2 mind blown dan penulis menekankan bahawasanya setiap induvidu diberikan hikmah ke atas setiap yg berlaku ke atas kita. Jika mahu memandang dunia dari sedut yg berbeza, buku ini sangat sesuai.”
    Au Bo – goodreads

    Tekan link ni untuk bacaan review pembaca yang lain

    KGM #3: Duka Palestin Saat Jatuhnya Empayar

    SINOPSIS KOMIK

    “Anak orang Yahudi yang baru pindah masuk? Maksudnya ada orang Yahudi yang bina penempatan baru dekat kawasan inikah?

    Tapi bukankah kerajaan sudah tetapkan kawasan ini sebagai kawasan penempatan rakyat Palestin?”

    ***

    Di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid II, tanah suci Palestin terlindung daripada pelbagai ancaman luar yang memerhati.

    Namun, dalam diam, ada komplot jahat yang sedang dirancang musuh bagi menggulingkan khalifah berwibawa tersebut.

    Apakah yang akan terjadi kepada Palestin sekiranya iakehilangan penjaga yag selama ini menghalang kemaraan pihak musuh?

    KOMEN PEMBACA

    “This book is an eye opener. I bought this book to understand myself more. It really helps me on how should I care for myself and how to listen to others as well. I really appreciate that this book is out here.”
    Khadijah Adam – goodreads

    Tekan link ini untuk membaca komen pembaca yang lain.

    KGM #4: Strategi Licik British Merampas Palestin

     SINOPSIS KOMIK

    “Aku hanya mahukan sebuah negara rasmi untuk bangsa aku – Yahudi, dan negara itu ialah Palestin.”

    Semenjak Sultan Abdul Hamid II digulingkan, tanah Palestin telah hilang pelindungnya. Pihak British mula memainkan strategi licik bagi memenangi perang dunia pertama ketika itu – dengan menjanijikan tanah Palestin sebagai ganjaran.

    Apa yang lebih mengejutkan adalah, bukan sahaja Zionis yang mahu tanah Palestin, tetapi juga bangsa Arab yang selama ini menentang Empayar Uthmaniyah.

    Adakah muslihat British itu berjaya?

    KOMEN PEMBACA

    “Plot thickens & semakin menarik so five star! Berdebar-debar sangat sepanjang saya baca buku ni. Can’t wait to read what happens next.”

    Maya – goodreads

    Tekan link ini untuk membaca komen pembaca yang lain.

    KGM #5: Mimpi Ngeri Rakyat Palestin

    SINOPSIS KOMIK

    “Beersheeba, Hebron, lari!!” teriak Gaza, apabila tanah Palestin mula dimasuki tentera British.

    Siapa yang melawan pasti akan ditangkap! Rakyat Palestin gempar apabila tanah yang mereka duduki selama ini jatuh ke tangan British.

    Yang tinggal buat orang Arab hanyalah janji kosong. Malah, rakyat ditekan dengan peraturan yang zalim. Tanah-tanah Palestin pula mula dijual kepada Yahudi Israel.

    Gaza tercedera, Jerusalem ditangkap, dan kedai keluarganya diugut oleh tentera British.Strategi licik British kini menjadi sebuah mimpi ngeri kepada rakyat Palestin.

    Mampukah Gaza dan adik-beradiknya mempertahankan Palestin dan hak mereka?