Love to read and read a lot, but really bad in writing. Drawing is my only ‘tool’.

Cerita IF Moses

Nama Penuh: Izzah Farhanah Musa

Tarikh Lahir: 19/2/1992

Tempat Lahir: Manchester, United Kingdom

Pendidikan: Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains, Universiti Malaya. Alhamdulillah bergraduasi pada tahun 2016 dengan Lulus Cemerlang (First Class).

Keluarga

IF Moses adalah anak kedua daripada empat beradik. Kesemuanya mereka boleh melukis tetapi dengan kepakaran yang berbeza. Syafiq Moses (abang) mahir dalam ilustrasi binatang. IF Moses mahir dalam lukisan komik. Firdaus Moses (adik) dan ayahnya mahir dalam lukisan potret. Manakala Ain Moses (Adik) dan ibunya pula mahir dalam lukisan cat air (painting). Beliau tidak pernah menyertai mana-mana kelas melukis secara rasmi sejak kecil. Beliau percaya bakat yang beliau ada sekarang diwarisi daripada ibu bapanya.

Kerjaya

IF Moses mula aktif melukis komik dakwah untuk majalah sekolah bulanan dan tahunan. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada 2010, IF Moses ada menerbitkan sendiri sebuah zine bertajuk Piawai Hijab Kaum Hawa. Bermula dengan menjadi pelukis komik dakwah yang aktif di media sosial, IF Moses mula menerbitkan zine komik bersiri seperti Biskut Tarbiah, dan HIKARI. Menyertai team TRILOG pada tahun 2012, mereka mula menerbitkan zine komik dakwah secara berkala.

IF Moses pernah menyertai beberapa pertandingan melukis komik:

Cabaran Melukis Komik Dakwah 24 Jam 2012

Naib juara Pertandingan Komik Dakwah 2015 anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Juara Pertandingan Melukis Komik Dakwah 2017 anjuran Abeben’s Artworks.

Naib juara Pertandingan Melukis Komik Alam Sekitar 2017 anjuran Kementerian Jabatan Alam Sekitar.

Karier IF Moses sebagai pelukis sepenuh masa bermula apabila beliau ditawarkan bekerja di bawah syarikat Daie Kreatif Venture pada tahun 2017.

Antara karya IF Moses yang pernah diterbitkan ialah:

Komik Gaza: Detik Awal Palestin Dijajah yang diterbitkan oleh Iman Publication. Ia merupakan karya sulung yang diterbitkan secara rasmi bawah rumah penerbitan.

Komik Inkramadan & komik Aktivis (Juara Pertandingan Melukis Komik Dakwah 2017) akan diterbitkan di bawah Galeri Ilmu semasa PBAKL2019 nanti!

Insya-Allah lebih banyak karya dakwah yang akan dihasilkan dan dikongsikan pada masa akan datang.

Hobi Lain

Hobi lain? Nope. Melukis. Dulu, kini dan selamanya. Melukis adalah terapi minda dan hati beliau. Selain melukis IF Moses adalah peminat tegar Wonda Coffee dan Baymax dalam filem Disney, Big Hero 6.

Selain aktif dalam dunia komik, beliau juga turut aktif sebagai ahli tim penulisan Rose2Rose dan Kempen Boikot HP yang dianjurkan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

buku telah diterbitkan

happy readers

#1. Mula berminat melukis komik secara serius pada tahun 2006 kerana terpengaruh cerita anime Naruto. (#zamanfanatikNaruto haha)

#2.  Mendapat tempat Juara Pertandingan Komik Dakwah 2017 (Kategori Digital) anjuran Abeben’s Artworks.

#3.  Manuskrip komik Gaza siri pertama mengambil masa lebih setahun sebelum diterbitkan.

#4. Sangat meminati dan terinspirasi dengan karya-karya seorang mangaka (pelukis manga) dari Jordan – DeeJusan.

#5. Seorang ambiverted-Introvert. Can convey feelings and messages better through drawing rather than speaking. Love to read and read a lot, but really bad in writing. Drawing is my only ‘tool’. 

#6.  Seorang yang sangat ‘ignorance’ mengenai isu semasa ummah Palestin sehinggalah menyertai program Training of Palestine Specialist (TOPS) anjuran Aqsa Syarif.

#7. Sentiasa bawa Ipad Pro dalam beg ke mana-mana kerana perpegang pada prinsip: “Every ticking second is worth of an art”.

#8. Peminat sejati karakter Baymax dalam cerita Big Hero 6. Mula jatuh cinta kerana apabila melihat Baymax bukan sekadar robot atau jururawat digital yang merawat sakit fizikal, tetapi juga merawat penyakit hati. Karakter Baymax adalah antara ikon dakwah yang ideal jika kita berjaya memandangnya dari sisi/ kaca mata Islam.

#9. Peminat sejati kopi jenama Wonda. Berharap dalam diam agar satu hari nanti ditawarkan menjadi duta muslimah Wonda hahahahahah!

#10. Tidak pernah reveal muka sebenar di media sosial. Berselindung di sebalik ‘topeng’ Baymax kerana berpegang dengan prinsip: ‘Kenali lah aku melalui karya-karya dakwahku, bukan melalui rupaku’. Namun di event komik atau pesta buku, boleh bersemuka dengan para pembaca tanpa ‘topeng’ untuk kenal lebih rapat.

Karya IF Moses

Komik Gaza #2: Duka Palestin Saat Jatuhnya Empayar Islam

151 muka surat
Diterbitkan pada Mac 2019
ISBN13 :978-983-2423-71-3
Fiksyen | Bahasa Melayu

Sinopsis

Di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid II, khalifah Islam yang wara’ dan tegas, tanah suci Palestin dilindungi daripada ancaman luar.

Untuk menawan tanah Palestin, perancangan licik menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II disusun. Zionisme tidak bersendirian.

Gaza dan adik-beradiknya terus berusaha untuk mempertahankan Palestin dan menentang musuh di dalam selimut yang bersekongkol untuk mencetuskan huru hara.

“Anak orang Yahudi yang baru pindah masuk? Maksudnya, ada orang Yahudi yang bina penempatan baru dekat kawasan ni ke? Tapi kerajaan kan dah tetapkan kawasan ni sebagai kawasan penempatan rakyat Palestin.”

Video Trailer
Dapatkan dalam versi:

Boleh dapatkan juga di:

Our Reader Score
[Total: 0 Average: 0]