Pakar Perubatan Perubatan Dalaman, Pensyarah klinikal di Universiti Teknologi MARA Sungai Buloh, Pengasas Iman Shoppe & Iman Publication dan Penulis buku.

Cerita Muharikah

Nama penuh: Nur Aisyah Zainordin
Tarikh lahir: 7 Julai 1983
Tempat lahir: London, United Kingdom
Pendidikan: MBCHB (Dundee, Scotland) dan Masters Internal Medicine ( UiTM)
Kerjaya:

  • Pakar Perubatan Perubatan Dalaman.
  • Pensyarah klinikal di Universiti Teknologi MARA Sungai Buloh.
  • Pengasas Iman ShoppeBookstore dan ImanPublication.

Muharikah mula menulis sejak umurnya 15 tahun,bermula dengan penulisan sajak dan cerpen. Sajak tulisan Muharikah pernah diterbitkan oleh majalah Dewan Siswa. Penulisan cerpennya pernah diterbitkan di bawah Grup Karyawan Luar Negara seawal tahun 2003 bersama penulis-penulisluar negarayang lain.

Beliau pernah menjadi editor beberapa persatuan semasa pengajiannya di luar negara iaitu editor majalah perubatan Islamic Medical Association Malaysia (2007)dan editor majalah bulanan untuk Majlis Syura Muslimun (sesi 2008-2009).

Bermula tahun 2007, Muharikah mula aktif menulis di dalam blognya iaitu www.muharikah.wordpress.com. Setelah 2 tahun bekerja sebagai housemandi Inverclyde dan Royal Alexandra Hospital Glasgow, beliau pulangke Malaysia pada tahun 2011 dan menjadi pengarah penerbitan Majalah Jom bermula bulan Disember 2011 hingga Disember 2015.

Beliau juga mengasaskan syarikat Iman Shoppe dan Iman Publication pada tahun 2013. Setahun selepas itu, beliau menyerahkan operasi sepenuhnya kepada tim pengurusan yang wujud hari ini.

Buku pertama beliau yang diterbitkan pada Mac 2013 oleh Iman Publication bertajuk Sayonara Jahiliyah. Tajuk buku beliau yang lain ialah Lagenda Budak Usrah(2014), Kanvas (2015), Komik Muharikah Series (Muharikah The Comics (2015), Komik Dr Muharikah HO (2016), Komik Muharikah: Survival(2018)), Hidup Yang Aku Pilih(2017), dan novel Stigma(2018).

Selain menulis, Muharikah gemar mengembara, dan belajar benda baharu. Beliau juga terlibat secara aktif dalam beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Ikram Malaysia dan Asean Young Leaders Forum (AYLF) (Presiden).

buku telah diterbitkan

happy readers

#1. Suka travel.

#2. Multitasker.

#3. Suka benda siap cepat. Speed and efficiency.

#4. Speed reader and talker.

#5. Suka delicate food .

#6. Pernah travel ke 16 buah negara!

#7 Dapat idea selepas tidur.

#8 Boleh menyanyi dengan lirik sendiri secara spontan!

#9. Biasa menulis sebelum subuh.

#10. Pernah ke andalusia sebanyak 3 kali.

Karya Muharikah

Karma

339 muka surat
Diterbitkan pada Mac 2019
ISBN13 :978-983-2423-67-4
Fiksyen | Bahasa Melayu

Sinopsis

😞 Adakah ini KARMA?

 

Iman tak menyangka dia rasa begitu jauh dari Tuhan. Di waktu dia benar-benar keliru tentang apa yang berlaku.

Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosanya yang silam? Adakah ini karma?

Tetapi, tidak ada karma di dalam Islam. Yang ada adalah ketentuan dan takdir Allah yang telah diatur buat kepentingan manusia itu sendiri.

“Apa yang Allah tentukan untuk kita, awak, itulah yang terbaik. Sama ada kita dapat anak atau tidak. Akhirnya kita hidup di dunia ini sementara sahaja.

Kita gunakan sisa usia yang ada ini untuk beribadah dan meminta pertolongan dari Dia, sebanyak mungkin.” Begitu nasihat Faris buat dirinya.

Video Trailer
Dapatkan dalam versi:

Boleh dapatkan juga di: