Seorang “gamer” tegar.

Cerita Syeraho

Syeraho – nama pena bagi Syahira Hozami. Berasal dari Batu Pahat, Johor. Menuntut pengajian sarjana muda dalam bidang Pengajian Islam Dan Sains (Genetik) di Universiti Malaya. Selalu berkongsi idea pelik dan kehidupan di twitter, instagram dan facebook, dan kadang-kadang kalau rajin menulis di Wattpad. Seorang yang suka berangan, baca novel, tonton movie dan main game. Mungkin sebab itulah novel pertama ini berjaya juga ditulis, haha.

buku telah diterbitkan

happy readers

#1. Seorang “gamer” tegar.

#2. Merupakn pelajar Pengajian Islam & Sains (Genetik).

#3. Hantu kopi. Tidak boleh mulakan hari tanpa kopi.

#4. MDD survivor.

#5. Ada sweater Assassins Creed.

#6. Apa sahaja makanan berasaskan telur dan terung memang sedap.

#7. Ada 6 tudung hitam dalam almari.

#8. Pergi mana-mana suka pakai ‘headphone’ dengar mp3.

#9. Provaksin.

#10. Pelupa yang amat. Otak @syeraho ada sistem autodelete hampir semua benda lol.

Karya Syeraho

Projek Athena

394 muka surat
Diterbitkan pada Mac 2019
ISBN13 :978-983-2423-64-5
Fiksyen | Bahasa Melayu

Sinopsis

“Adakah saya… masih lagi manusia?”

“Yang membuatkan kita manusia atau tidak, bukanlah keupayaan fizikal kita, Athena.”

“Habis tu apa?”

“Kemanusiaan” 

Projek Athena adalah satu projek penyelidikan khas negara Erudayn bertujuan untuk mengkaji kualiti daya hidup dan keabadian manusia.

Namun bila Athena perlu diserahkan kepada pihak tentera untuk dilatih sebagai senjata ketenteraan, dia lari dan menyembunyikan diri.

Bagi memburu Athena, satu “senjata” khas dikeluarkan dari simpanan negara untuk menjejakinya.

Sepanjang pelarian, Athena menyaksikan realiti dunia dan sisi kemanusiaan yang tak pernah dilihatnya sebelum ini.

Apabila keselamatan Erudayn terancam, Athena menyedari dia perlu membuat keputusan yang amat berat baginya.

Bolehkah penciptaan manusia mendatangkan kebaikan berbanding kemudaratan?

Video Trailer
Dapatkan dalam versi:

Boleh dapatkan juga di:

Our Reader Score
[Total: 0 Average: 0]