Iman Publication; sekumpulan
akak-akak dan abang yang berjaya
buatkan aku rasa nak menulis buku.

Cerita Teme Abdullah

Teme tu memang nama aku. Bukan nama dalam IC. Tapi, 1/3 daripada hidup aku memang orang panggil aku Teme. So, nama ‘Teme’ dah memang sebati dalam diri ni. Kawan-kawan dari zaman sekolah yang bagi. Kalau nak cerita pasal nama, aku kena tulis satu buku lagi.

Aku bermula dengan blogging dengan menggunakan nama Teme. Lepas tu macam, “Eh, ada orang baca juga blog aku rupanya.” Melihatkan situasi ni sebagai kerja yang Allah bagi untuk aku menyampaikan sesuatu melalui penulisan, aku pun teruskan menulis blog sampailah sekarang.

Lepas tu aku active di Facebook.

Lepas tu di Twitter.

Lepas tu di Instagram.

Instagram lah yang main peranan besar dalam hidup aku. Kalau nak cerita, aku kena tulis buku jugak. So, aku dah tulis sikit-sikit di dalam buku ni.

Dulu orang pernah ingat aku ni perempuan. Tapi semua itu berubah lepas orang tengok gambar-gambar yang aku upload di Instagram. Sebab tangan aku berbulu. Senang. Tak payah aku nak yakinkan orang tentang jantina aku.

Kecik-kecik dulu cita-cita aku nak jadi askar. Sampai sekarang cita-cita tu ada. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh end-up jadi architecture student.

Kisah di dalam buku ni berdasarkan cerita sebenar.

Mungkinkah juga separa fiksyen, bukan 100% kisah benar? Tiada siapa yang benar-benar tahu melainkan aku dan Allah. Tiada keuntungan pun berbahas mengenai perkara ni.

Hak aku hanyalah menulis.

Dan kemudian ia menjadi hak kalian.

Hadiah berbentuk cerita yang aku kongsikan.

Aku juga tidak keberatan jika kalian lebih selesa mengatakan ia dongeng. Suka hati.

Tetapi ia kekal dongeng, jika engkau tidak mula berjalan.

Okay lah.

Enjoy the book.

buku telah diterbitkan

happy readers

#1. Johan Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH

#2. Buku Umum Terbaik Anugerah Buku Negara 2018, Kategori Travelog: Arkitek Jalanan

 

#3. Winner Best of MPH 2018, Kategori Melayu Bukan Fiksyen: Arkitek Jalanan

 

#4. Anugerah Emas Kulit Buku Cantik PBAKL 2018: Pelukis Jalanan Jalanan

 

Karya Teme Abdullah

Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

491 muka surat
Diterbitkan pada Mac 2019
ISBN13 :978-983-2423-69-0
Fiksyen | Bahasa Melayu

Sinopsis

Ribuan tahun selepas peperangan yang memusnahkan hampir keseluruhan dunia.

Nusantara kembali aman di bawah naungan sultan; sehingga datang mereka yang mendakwa – kekuasaan itu hasil perjanjian dengan syaitan.

Video Trailer
Dapatkan dalam versi:

Boleh dapatkan juga di:

Our Reader Score
[Total: 0 Average: 0]