2019 yang baru menjengah, memberi kita satu semangat baru untuk menjadi manusia yang lebih baik dalam segala aspek kehidupan. Kita akui, masa yang kita ada masih sama dengan tahun lepas dan masih sama dengan semua orang. Lalu, kita perlu melakukan sesuatu agar dengan masa yang kita punya dapat dimanfaatkan semaksimanya.

Antara cara paling mudah, em tapi tak semudah yang dikata sebenarnya, tapi kita cuba sama-sama dengan menjadi lebih produktif. Yeah!

Produktif membawa maksud memberi hasil yang banyak. Tapi kita selalu keliru adakah dengan berjaya menyiapkan kerja yang banyak dalam masa sehari, barulah kita dikira produktif? Atau melakukan kerja yang tepat yang menuju kepada matlamat kita dalam masa yang secukupnya secara konsisten dikira produktif? Sebab itu kita pernah dengar orang kata “Are you productive or just being busy?”

 

 

Menjadi lebih produktif bukanlah dengan semata-mata banyaknya kerja dapat disiapkan dalam masa sehari. Kerana pada kebanyakan waktu, kita cenderung menyelesaikan tugasan yang mudah, tugasan yang memerlukan usaha yang lebih kita tangguh-tangguhkan dan akhirnya terpaksa diselesaikan dalam keadaan tergesa-gesa. Menjadi lebih produktif menuntut kita untuk fokus dengan masa yang kita ada, lalu mengerahkan seluruh tenaga bagi memberi hasil yang terbaik dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Mari kita bincangkan 5 cara untuk menjadi lebih produktif !

 

1. TULIS MATLAMAT

Hal ini tersangatlah penting kerana, tanpa matlamat yang jelas akan membuatkan kita hilang halatuju.

Cuba bayangkan kita memandu kereta atau menaiki bas tanpa menetapkan destinasi tujuan. Hanya naik kereta dan pandu sahaja atau naik bas dan terserahlah bas itu mahu ke mana. Pasti tiada penghujungnya. Begitulah dengan meletakkan matlamat, ia akan memandu kita.  

Ambil pen anda dan catatkan sekarang apa matlamat yang ingin anda capai dalam 7 aspek kehidupan ini.

  1. Spritual
  2. Pekerjaan/Study
  3. Kesihatan
  4. Hubungan/Keluarga
  5. Kewangan
  6. Sumbangan
  7. Lifestyle


2) RANCANG HARI KITA/TO-DO LIST

 Ambil 5-10 minit setiap hari sama ada sebelum tidur atau awal pagi untuk kita rancang apa yang kita ingin lakukan esok atau hari itu. S

enaraikan semua kerja yang berada di fikiran kita. Senaraikan semuanya, tanpa tertinggal, tanpa memilih adakah ianya berkaitan dengan matlamat kita atau tidak.

Membuat senarai ini penting bagi membuat kita jelas dan mewujudkan gambaran yang jelas yang boleh dilihat oleh  mata kita lantas merangsang minda dan tubuh kita untuk bekerja.

 Manfaatkan tools/apps yang sedia ada seperti Google Keep atau Asana 😉

 

 


3) PILIH PRIORITI

 

Daripada senarai kerja yang telah kita keluarkan tadi, susun kerja tersebut mengikut prioriti.

Mana kerja yang perlu disiapkan segera. Mana kerja yang penting dan perlu disiapkan segera. Mana kerja yang penting tapi tak perlu disiapkan segera. Hal ini penting bagi memastikan kita melaksanakan kerja yang tepat pada masa yang tepat.

 

4) DO IT NOW!

 

Kata John C. Marxwell “Dreams Don’t Work Unless You Do”. 

Setelah menyusun priotiti tersebut, setelah meletakkan matlamat dan segala cita-cita kita, semuanya akan kekal mimpi jika kita tidak melakukannya sekarang. 

Tanpa bertangguh, mulakan sedikit demi sedikit. Percayalah selalunya yang sukar hanyalah disaat kita ingin memulakan, apabila kita telah terbiasa bekerja dan bekerja, perlahan-lahan akan menjadi lebih mudah.

 Bukan kerana kerja semakin mudah, tapi kerana kita semakin biasa. ‘Get Moving’! agar ‘mood’ bekerja sentiasa dapat kita wujudkan.

5) KURANGKAN GANGGUAN

 

Gangguan dari media sosial atau Whatsapp misalnya.

Sedar atau tidak, dalam sehari berapa jam kita tengok benda ini? 

Letakkan berapa masa yang kita ingin peruntukkan untuk melayari media sosial dalam sehari. Hadkan masa untuk menonton video, membaca ‘posting’ yang berbentuk hiburan dan sebagainya.

Ya, kita lebih kenal diri kita sendiri. Kita sendiri tahu berapa banyak masa yang kita bazirkan di media sosial.

Tanpa kita sedar, kebergantungan dan keasyikan melayari media sosial seringkali mengganggu fokus dan konsentrasi kita.

Perlahan-lahan, mari kita biasakan diri kita untuk menjauhkan diri dari telefon bimbit saat melakukan pekerjaan. Ini akan membantu kita untuk lebih berdisiplin dan memberi sepenuhnya fokus bagi menghasilkan kerja yang terbaik.

 

 

Selamat mempraktikkkan tips ini kawan-kawan untuk menjadi lebih produktif. Ini yang seronok tentang tahun baru. Semua orang sedang bersemangat untuk meng’upgrade’ diri.

Takkan nak ‘upgrade’ telefon bimbit, kereta atau barang-barang kita sahaja.  Padahal diri kita tak ’upgrade-upgrade’.

Sekian dulu untuk kali ini.

Share This