Saya Faizah Hamid,
ketua editor Iman Publication.
Saya dengar cerita anda berminat terbit manuskrip bersama Iman Publication?
Saya yakin kita boleh bekerjasama menjadikan manuskrip anda sebuah buku yang mampu terbang tinggi.
Tips Manuskrip
Sebelum bermula, saya ingin berkongsikan tips:
1. Selektif
Kami selektif dalam menerima manuskrip kerana kami mahukan setiap manuskrip yang diterbitkan boleh terbang lebih jauh sehingga ke persada antarabangsa. Kami membina manuskrip bersama penulis.
2. Manuskrip
Tidak perlu menyiapkan keseluruhan manuskrip. Cukup berikan kami maklumat seperti butiran di bawah. Jika idea manuskrip anda diterima, kami akan hubungi anda untuk tindakan seterusnya.
3. Genre
Hantar manuskrip sesuai dengan genre penerbitan buku IMAN:
I-M-A-N
Inspiratif
Motivasi/Self Help
Anekdot (Biografi/Autobiografi/Kisah peribadi yang memberikan inspirasi)
Novel Fiksyen
4. Sabar
Bersabar menanti respon berkenaan manuskrip anda. Jika anda tidak menerima berita selepas 3 bulan, anda boleh cuba hantarkan manuskrip anda ke rumah penerbitan lain. Jika anda yakin karya anda cukup bermakna untuk Iman Publication, maka anda boleh cuba hubungi kami di manuskrip@imanpublication.com.
5. Emel
Jika sudah tersedia manuskrip penuh, boleh emelkan sahaja ke manuskrip@imanpublication.com.